PERTANDINGAN TUKANG CERITA
OBJEKTIF PROGRAM
Menyebarluaskan proses penyampaian karya sastera yang bersifat Malaysiana yang membina karektor peserta dengan penonton melalui pendekatan semasa yang bersifat interaktif secara digital
PENDAHULUAN
Program TUKANG CERITA merupakan program yang berkonsepkan penceritaan cerita rakyat Malaysia berkonsepkan didik hibur dan mempunyai beberapa disiplin sastera yang perlu dilaksanakan.
PROSES
1) Peserta perlu menghasilkan video pendek (maksimum 2 minit) menggunakan RAKAMAN SKRIN dari permainan digital ROBLOX – MISI RARA DAN RIRI dan SUNTING BERSAMA SUARA LATAR untuk menceritakan kisah cerita rakyat dalam bentuk kreatif. Dalam jangka masa penceritaan tersebut, peserta hendaklah melaksanakan SALAH SATU disiplin sastera yang berikut:
(a) Berpantun
(b) Bersyair
(c) Bergurindam
(d) Bersajak
2) Muat naik ke saluran YouTube peserta dan isikan a) Tajuk video b) Synopsis cerita c) Tambah #MisiRaradanRiri #RobloxWarisan c) Nama dan e-mel peserta . Pastikan video bukan pautan peribadi dan boleh diakses khalayak umum
3) E-mel kepada genmarikh@gmail.com, tajuk emel : Tukang Cerita – “nama cerita”, dan isi maklumat berikut di dalam kandungan emel a) Nama peserta b) Umur c) Emel d) Nombor telefon e) Bandar & Negeri f) Pautan YouTube (link YouTube)

Hadiah-hadiah menarik berbentuk ROBUX (matawang Roblox) bernilai sehingga RM 1,000 menanti anda!
Pertandingan akan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL) yang akan berlangsung dari 23 Mei sehingga 1 Jun 2025. Nantikan pengumuman lebih lanjut berkaitan tarikh mula dan tutup penyertaan.
Untuk sebarang pertanyaan boleh e-mel kepada genmarikh@gmail.com
Jangan lupa melanggan laman media sosial kami!
Rakan Kerjasama

MISI
- Memperkasakan bahasa kebangsaan.
- Mendedahkan belia kepada kandungan positif melalui media sosial dengan format yang menarik.
- Menyampaikan idea bagaimana teknologi dapat digunakan untuk memelihara seni, budaya dan warisan.
OBJEKTIF
- Menyerlahkan jati diri dan citra bangsa Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan.
- Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.
- Menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara.