UJIBAKAT UNTUK RANCANGAN REALITI – AGRO QUEST 2026
Kami sedang mencari bakat usahawan pertanian moden! Biasa orang kata “balik kampung tanam jagung” sebab takde rezeki di kota, bila ekonomi slow, so kita balik kampung bercucuk tanam lah! Tapi sudah terbukti, sektor pertanian boleh mendatangkan hasil yang lumayan, dan apabila kita gunakan teknologi moden dalam pertanian, ia bukan sahaja menambahkan produktivi, tetapi juga berjaya menarik lebih ramai belia untuk menceburi bidang pertanian ini.
Jadi… adakah anda berminat dalam bidang:
- Pertanian?
- Keusahawanan?
- Teknologi?
Jika anda….
- Rakyat Malaysia?
- Berumur 18-30 tahun?
- Fasih dalam Bahasa Malaysia?
- Mempunyai tahap kecergasan yang baik?
Kami mencari anda! Daftar sekarang untuk pertandingan realiti pertanian moden anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Anda bakal menjadi ikon pertanian moden yang bakal meneraju ekonomi negara di masa hadapan.

Hadiah menarik berbentuk wang tunai menanti anda!

Pendaftaran ujibakat Agro Quest sudah ditutup
Terima kasih kepada mereka yang telah menghantar permohonan
Hanya peserta yang terpilih sahaja akan dihubungi oleh pihak penganjur
Anda akan dihubungi melalui emel & Whatsapp paling lewat 11PM, Selasa 7/7/26