DENGAN SOKONGAN
5 peserta terbaik akan berentap di peringkat akhir dalam bentuk avatar di platform metamesta (metaverse)
Misi memperkasa bahasa kebangsaan melalui pertandingan pidato menggunakan pendekatan baru avatar dan metamesta (metaverse)
5 peserta yang terpilih akan dijemput untuk mempersembahkan pidato mereka dalam bentuk avatar secara langsung pada 10 Oktober 2023. Pertandingan akan dijalankan di pentas metamesta dan disiarkan di media sosial
Pertandingan Pidato GEN-M ini dianjurkan oleh Moteevasi Media dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama rakan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Hadiah wang tunai untuk setiap pemenang!
Rakan Kerjasama
MISI
- Memperkasakan bahasa kebangsaan.
- Menonjolkan ikon kepimpinan belia GENERASI MADANI.
- Mendedahkan belia kepada kandungan positif melalui media sosial dengan format yang menarik.
- Menyampaikan idea bagaimana teknologi dapat digunakan untuk memelihara seni, budaya dan warisan.
OBJEKTIF
- Menyerlahkan jati diri dan citra bangsa Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan.
- Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.
- Menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara.